Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Ahli ilmu bintang dari Timur

1Yesus dilahirkan di Betlehem, di Tanah Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Yerusalem. 2Mereka bertanya, "Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya."

3Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Yerusalem. 4Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan ahli Taurat berhimpun lalu bertanya kepada mereka di mana tempat lahirnya Kristus, Mesias itu. 5Mereka menjawab, "Di Betlehem, di Tanah Yudea. Hal ini tertulis oleh seorang nabi: 6A'Wahai Betlehem di Tanah Yehuda,

engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda,

kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.' "

7Setelah itu, Raja Herodes berjumpa secara rahsia dengan ahli-ahli ilmu bintang itu dan mendapat tahu daripada mereka dengan tepat bila bintang itu terbit. 8Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Betlehem dengan perintah demikian: "Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya, beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya."

9Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu. 10Sungguh gembira mereka apabila melihat bintang itu. 11Mereka masuk ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mir kepada-Nya.

12Allah memberikan peringatan kepada mereka melalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu, mereka pun pulang ke negeri mereka mengikut jalan lain.