Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 11

A A A
Alkitab Versi Borneo

Jemputan Yesus

25Selepas itu Yesus berucap, "Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil. 26Ya Bapa, memang inilah yang Engkau berkenan."

27B"Bapa-Ku telah menyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak serta orang yang terpilih Anak untuk menyatakan Bapa.

28Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. 29CAmbillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. 30Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan.i"