Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Markus 14

A A A
Alkitab Versi Borneo
16Kedua-dua murid-Nya itu berangkat pergi ke kota, dan mendapati semua seperti yang telah dikatakan Yesus kepada mereka. Lalu mereka menyediakan jamuan Paskah.

17Pada waktu lewat petang, Dia datang bersama murid-murid-Nya yang dua belas itu. 18ASedang mereka duduk menikmati jamuan, Yesus berkata, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripada kamu yang makan bersama-Ku akan mengkhianati-Ku."

19Mereka mula berdukacita. Seorang demi seorang berkata kepada-Nya, "Akukah orang itu?"

20Yesus menjawab, "Dia seorang daripada dua belas yang mencecah roti bersama ke dalam bekas. 21Anak Manusia memanglah harus pergi, seperti yang tersurat tentang-Nya. Tetapi malanglah orang yang mengkhianati Anak Manusia! Lebih baik baginya jika dia tidak dilahirkan."

22Ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan dan memberikannya kepada murid-murid-Nya sambil berkata, "Ambillah, ini tubuh-Ku."

23Kemudian Dia mengambil cawan air anggur, dan selepas mengucap syukur, Dia memberikannya kepada mereka, lalu mereka semua minum dari cawan itu. 24CDia berkata kepada mereka, "Ini darah perjanjian-Ku yang ditumpahkan untuk ramai orang. 25Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Aku tidak akan minum air anggur lagi hinggalah pada hari Aku minum yang baru dalam kerajaan Allah."

26Setelah menyanyikan sebuah lagu suci, mereka pun beredar ke Bukit Zaitun.