Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 19

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus dengan Zakheus

1Yesus meneruskan perjalanan ke Yerikho dan melalui kota itu. 2Di situ ada seorang yang bernama Zakheus. Dia ketua pemungut cukai dan sangat kaya. 3Dia cuba hendak melihat siapa Yesus itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana orang terlalu ramai dan dia pendek orangnya. 4Dia pun berlari mendahului mereka lalu memanjat pokok ara untuk melihat Yesus yang akan melalui jalan itu. 5Apabila Yesus sampai ke tempat itu, Dia mendongak ke atas lalu berkata kepadanya, "Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu."

6Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan sukacitanya. 7Semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut, "Dia hendak menumpang di rumah orang yang berdosa pula!"

8Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan, "Tuhan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jika aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda."

9Yesus berkata kepadanya, "Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumahi ini kerana kamu juga seorang keturunanii Abraham. 10AAnak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang.iii"