Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 10

A A A
Alkitab Versi Borneo
34APetrus pun berkata, "Sesungguhnya, aku mengerti sekarang bahawa Allah tidak memilih kasih. 35Sesiapa yang takut akan Allah dan mengerjakan yang benar, tidak kira apa bangsanya, dialah yang diredai-Nya. 36Firman yang disampaikan Allah kepada bangsa Israel ialah firman yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Yesus Kristus, Tuhan semua manusia. 37Saudara-saudara tahu akan apa yang berlaku di seluruh Yudea mulai dari Galilea, selepas baptisan yang dikhabarkan oleh Yohanes. 38Perkhabaran itu tentang Yesus orang Nazaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai Kristus dan memberi-Nya Roh Kudus serta kuasa. Dia telah pergi ke merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus.