Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kidung Agung 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
14Wahai merpatiku di celah-celah bukit batu,

di persembunyian pada terjal-terjal gunung,

biarlah aku tatap parasmu,

biarlah aku dengar suaramu,

kerana merdu suaramu

dan elok parasmu.

15Tangkaplah untuk kami segala rubah itu,

rubah yang kecil-kecil,

yang merosakkan kebun-kebun anggur,

ketika kebun-kebun anggur kami sedang berbunga."

16Kekasihku milikku, dan aku miliknya;

dia menggembala domba di antara bunga bakung.

17Sebelum bertiupnya angin senja

dan bayang-bayang menghilang,

kembalilah, wahai kekasihku!

Jadilah seumpama kijang

atau seumpama anak rusa di gaung-gaung Pergunungan Beter.