Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 11

A A A
Alkitab Versi Borneo
17Ketika Yesus sampai, Dia mendapati Lazarus sudah empat hari di dalam makam. 18Betania terletak kira-kira dua batu dari Yerusalem. 19Oleh itu, ramai orang Yahudi datang melawat Maria dan Marta untuk melipurkan hati mereka yang duka kerana kematian Lazarus.

Yohanes 11

A A A
Alkitab Versi Borneo
30Pada waktu itu Yesus belum sampai di kampung mereka. Dia masih di tempat Marta menyambut-Nya. 31Apabila orang Yahudi yang ada di rumah Maria untuk melipurkan hatinya itu melihat dia segera bangun lalu keluar, mereka pun mengikutnya kerana menyangka dia hendak ke makam Lazarus untuk menangisinya.

32Setelah Maria melihat Yesus, dia berlutut di kaki-Nya lalu berkata, "Tuhan, kalaulah Engkau ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!"

33Ketika melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut mengalirkan air mata, Yesus sungguh hiba dan terharu. 34Dia bertanya kepada mereka, "Di manakah kamu letakkan dia?"

Mereka menjawab, "Marilah lihat, ya Tuhan."

35Yesus menangis. 36Semua orang Yahudi yang hadir berkata, "Lihatlah! Dia sungguh kasih akan Lazarus."