Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Imamat 19

A A A
Alkitab Versi Borneo

Peraturan-peraturan keagamaan

1Tuhan berfirman kepada Musa, 2A"Katakanlah kepada seluruh jemaah Israel, 'Hendaklah kamu suci, kerana Aku, Tuhan, Allahmu, suci. 3CHendaklah setiap orang daripada kamu penuh takzim kepada ibu dan ayahnya serta memelihara hari Sabat-Ku. Akulah Tuhan, Allahmu.

4EJanganlah berpaling lalu menyembah apa-apa berhala dan janganlah kamu buat apa-apa tuhan tuangan. Akulah Tuhan, Allahmu.

5Apabila kamu mempersembahkan korban kedamaian kepada Tuhan, hendaklah kamu mempersembahkannya secara yang persembahan itu diterima demi dirimu. 6Hendaklah korban itu dimakan pada hari kamu mempersembahkannya atau pada keesokan harinya; tetapi hendaklah dibakar habis segala yang tersisa sampai hari ketiga. 7Jika ada yang dimakan juga pada hari ketiga, maka kejilah korban itu dan tidaklah korban itu akan diterima. 8Apatah lagi, hendaklah sesiapa yang memakannya menanggung kesalahannya mencemari persembahan suci untuk Tuhan. Hendaklah orang itu disingkirkan daripada kalangan bangsanya.

9FApabila kamu menuai hasil tanahmu, hendaklah kamu menuai ladangmu tidak habis sampai ke pinggir-pinggirnya, dan jangan kamu pungut saki-baki tuaianmu. 33GJika seorang warga asing tinggal dalam kalangan kamu di negerimu, jangan kamu tindas dia. 34Sebaliknya, hendaklah kamu menganggap pendatang yang tinggal dalam kalangan kamu itu sebagai warga asal sepertimu. Kasihilah dia seperti dirimu sendiri, kerana kamu pun dahulu pendatang di Tanah Mesir. Akulah Tuhan, Allahmu.