Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 13

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nasihat akhir

1Pastikan kasih persaudaraan berpanjangan. 2AJangan lupa meraikan orang asing, kerana dengan berbuat demikian ada orang yang telah meraikan para malaikat tanpa mengetahuinya. 3Ingatlah kepada orang yang terpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka; kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu juga dianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu.