Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Allah berfirman melalui Anak-Nya

1Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta. 3Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga.

4Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka.

5BKepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: "Engkau Anak-Ku,

pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu"?

Dan juga: "Aku akan menjadi Bapa-Nya,

dan Dia akan menjadi Anak-Ku"?

6CSelanjutnya, apabila Allah menghantar Anak sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya: "Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya."

7DDan tentang para malaikat, Dia berfirman: "Dia menjadikan para malaikat-Nya angin,

dan para pelayan-Nya nyala api."

8ETetapi tentang Anak itu Dia berfirman: "Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya;

Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu.

9Engkau telah mencintai apa yang benar dan membenci apa yang jahat;

Oleh itu Allah, Allah-Mu, telah mengurapi-Mu

dengan minyak kebahagiaan lebih daripada teman-teman-Mu."

10FDan: "Pada mulanya, Engkau, ya Tuhan, yang meletakkan asas bumi,

dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu;