Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Efesus 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Dihidupkan dalam Kristus

1AKamu telah mati akibat kesalahan dan dosa 2yang dahulu kamu lakukan menurut jalan dunia, menurut raja segala kuasa di udara, roh yang sekarang bertindak dalam diri anak-anak derhaka. 3Kami semua juga pernah hidup sedemikian, memuaskan hawa nafsu, menunaikan kehendak tubuh dan fikiran, dan secara tabii merupakan anak-anak yang dimurkai, seperti yang lain juga.

4Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, 5walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus – kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. 6Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga, 7supaya pada zaman-zaman akan datang Allah dapat menunjukkan limpah kekayaan kasih kurnia-Nya dalam belas ihsan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus. 8Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. 10Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan.