Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Timotius 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
8Oleh yang demikian, janganlah berasa malu untuk memberikan kesaksian tentang Tuhan kita atau malu bahawa aku terpenjara kerana-Nya, tetapi ikut serta menanggung penderitaan kerana Injil menurut kuasa Allah. 9Allah menyelamatkan kita dan memanggil kita untuk hidup suci, bukanlah kerana amalan yang telah kita lakukan, tetapi kerana tujuan dan kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman. 10Sekarang segala ini telah dinyatakan dengan kedatangan Penyelamat kita Kristus Yesus, yang melenyapkan kematian dan memberikan penerangan tentang hidup kekal selama-lamanya melalui Injil.

11AAku telah ditugaskan menjadi seorang daripada pemberita Injil, rasul, dan guru. 12Oleh itu, aku menanggung segala penderitaan ini. Namun demikian, aku tidak berasa malu, kerana aku tahu akan Tuhan yang kupercayai dan aku yakin Dia dapat memelihara apa yang kuserahkan kepada-Nya hingga pada Hari itu. 13Berpegang teguhlah kepada rangkaian kata-kata benar yang telah kamu dengar daripadaku, dengan iman dan kasih dalam Kristus Yesus. 14Peliharalah perkara baiki yang diamanahkan kepadamu dengan Roh Kudus yang berada dalam diri kita.