Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
18Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas 19tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya. 20Dia telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu. 21Melalui-Nya kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memberi-Nya kemuliaan, supaya kamu beriman dan berharap kepada Allah.

22Oleh sebab kamu telah menyucikan jiwamui dalam mematuhi kebenaran supaya kamu mempunyai kasih persaudaraan yang ikhlas, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati; 23kerana kamu telah dilahirkan semula, bukan daripada benih yang dapat dibinasakan tetapi daripada yang tidak mungkin dimusnahkan, melalui firman Allah yang hidup kekal selama-lamanya. 24AKerana, "Semua manusia umpama rumput,

dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang;

rumput layu, dan bunga gugur,

25tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya."

Inilah firman yang disampaikan kepadamu.