Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Korintus 3

A A A
Alkitab Versi Borneo
9Kami sama-sama pekerja Allah, dan kamu ibarat ladang Allah.

Kamu juga boleh diumpamakan sebagai bangunan Allah. 10Dengan kasih kurnia Allah, aku sebagai pembina yang mahir telah meletakkan asas bangunan itu, lalu orang lain membina bangunan di atas asas itu. Setiap orang yang membina perlu berhati-hati. 11Kerana tiada siapa yang dapat meletakkan asas selain asas yang telah tersedia, iaitu Yesus Kristus. 12Ada orang yang menggunakan emas, perak atau permata untuk membina bangunan di atas asas itu. Ada pula yang menggunakan kayu, rumput kering atau jerami. 13Mutu kerja setiap orang akan terserlah pada hari Tuhan datang kembali, kerana ia akan diuji dengan api. 14Sekiranya bangunan yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan mendapat ganjaran. 15Sebaliknya, jika bangunan yang dibina oleh seseorang itu dimakan api, dia akan kerugian, walaupun dirinya terselamat seperti orang yang terlepas daripada kebakaran.