Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Korintus 12

A A A
Alkitab Versi Borneo
4ATerdapat berbagai-bagai kurnia, tetapi semuanya berpunca daripada satu Roh. 5Ada berbagai-bagai pelayanan, tetapi hanya satu Tuhan. 6Ada berbagai-bagai kerja, tetapi Allah yang esa mengerjakan semuanya. 7Tetapi Roh Kudus memberi seseorang kurnia tertentu untuk kebaikan semua. 8Ada yang diberi kurnia oleh Roh Kudus untuk berbicara dengan penuh hikmah, dan ada pula yang dikurniai Roh Kudus untuk berbicara tentang pengetahuan. 9Ada juga yang dikurniai dengan keteguhan iman, ada yang diberi kurnia kebolehan untuk menyembuhkan orang sakit daripada Roh yang sama. 10Kepada yang lain diberi kurnia untuk mengerjakan mukjizat, ada yang diberi kebolehan bernubuat dan menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Juga ada mereka yang dikurniai kebolehan untuk membezakan roh-roh. Ada juga mereka yang diberi kurnia untuk bertutur dalam pelbagai lidah, dan ada pula yang diberi kurnia untuk mentafsirkan lidah-lidah itu. 11Namun Roh yang satu dan sama mengerjakan semua ini, Roh Kuduslah yang mengagih-agihkan kurnia yang berlainan menurut kehendak-Nya.

Banyak anggota tetapi satu tubuh

12BSebagaimana tubuh yang satu mempunyai banyak anggota, tetapi semua anggota itu merupakan satu tubuh, demikian juga Kristus. 13Oleh satu Roh kita semua telah dibaptiskan ke dalam satu tubuh – baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, baik hamba mahupun orang merdeka – dan semua telah disuruh minum ke dalam satu Roh yang sama.

14Tubuh bukan hanya terdiri daripada satu anggota tetapi banyak anggota.