Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ulangan 8

A A A
Alkitab Versi Borneo
6Oleh sebab itu peganglah dengan teguh pada segala perintah Tuhan, Allahmu, dengan cara tetap melangkah mengikut jalan-Nya serta takut kepada-Nya. 7Tuhan, Allahmu, sedang menghantar kamu ke negeri yang baik, iaitu negeri dengan aliran sungai, mata air, dan sumber air yang dalam, yang memancar di lembah-lembah serta di gunung-gunung; 8negeri dengan gandum, barli, pokok anggur, pokok ara, dan pokok delima; negeri dengan minyak zaitun dan madu. 9Di negeri itu kamu akan makan roti tanpa harus berjimat, dan kamu tidak akan kekurangan sesuatu pun. Batu-batan di negeri itu juga mengandungi besi, dan daripada pergunungannya kamu dapat menggali tembaga. 10Kamu akan makan sampai kenyang dan kamu akan memuji Tuhan, Allahmu, atas negeri yang baik yang dikurniakan-Nya kepadamu.

11AHati-hati, jangan sampai kamu lupa Tuhan, Allahmu, dengan tidak berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, dan kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. 12Setelah kamu makan sampai kenyang, setelah kamu membina rumah-rumah yang baik dan tinggal di dalamnya, 13setelah bertambah banyak kawanan lembu dan kawanan dombamu, juga perak dan emas kamu, serta segala sesuatu yang kamu miliki, 14jangan sampai kamu menjadi takbur dan lupa Tuhan, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari Tanah Mesir, dari tempat perhambaan. 15Dialah yang memimpin kamu berjalan di gurun yang luas dan menakutkan, tempat ular berbisa dan kala jengking, dengan tanah yang kering kontang dan tidak berair. Dialah yang telah memancarkan air bagimu dari batu pejal yang keras, 16dan Dia jugalah yang telah memberi kamu makan manna di gurun, iaitu makanan yang belum pernah dikenal oleh nenek moyangmu. Maksud semua itu ialah untuk merendahkan hatimu serta menguji kamu, sehingga akhirnya membuahkan kebaikan bagimu. 17Jangan sampai kamu berkata dalam hatimu, 'Kekuatan dan keperkasaan tangankulah yang membuat aku memiliki kekayaan ini.' 18Sebaliknya, ingatlah Tuhan, Allahmu, kerana Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan untuk memperoleh kekayaan itu, demi meneguhkan perjanjian yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu, seperti pada hari ini.