Alkitab Versi Borneo |
TUHAN menawarkan belas kasihan
1A"Wahai semua orang yang dahaga, mari, ambillah air!
Wahai orang yang tidak punya wang,
mari, belilah makanan dan makanlah!
Mari, belilah air anggur dan susu
tanpa wang dan tanpa bayaran! 2Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan, dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik. Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya. 3BPasanglah telingamu dan datanglah kepada-Ku, dengarlah, maka kamu akan hidup. Aku akan mengikat perjanjian yang kekal dengan kamu, menurut kasih abadi yang teguh kepada Daud. 4Sesungguhnya, Aku menetapkan dia menjadi saksi bagi bangsa-bangsa, menjadi seorang pemimpin dan pemerintah bagi bangsa-bangsa. 5Sesungguhnya, engkau akan memanggil bangsa yang tidak kaukenal,
dan bangsa-bangsa yang tidak mengenal engkau akan berlari kepadamu
kerana TUHAN, Allahmu,
Yang Maha Suci, Allah Israel,
oleh sebab Dia telah memuliakan engkau." 6Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui,
berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat.