Alkitab Versi Borneo |
Doa seorang derita apabila dia lemah dan mencurahkan kesusahannya kepada TUHAN.
1Dengarlah doaku, ya TUHAN;
dan biarlah seruanku datang kepada-Mu. 2Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku semasa aku dalam kesusahan. Condongkan telinga-Mu kepadaku; ketika aku berseru, jawablah aku segera. 18Ini akan disuratkan untuk keturunan akan datang,
supaya umat yang belum lahir akan memuji TUHAN: 19"Dia memandang ke bawah dari tempat suci-Nya,
dari syurga TUHAN memerhatikan bumi, 20untuk mendengar rintihan orang yang dipenjarakan,
untuk membebaskan mereka yang dihukum mati." 21Untuk mengisytiharkan nama TUHAN di Sion
dan pujian untuk-Nya di Yerusalem 22apabila umat-umat berhimpun dan kerajaan-kerajaan berhimpun untuk beribadat kepada TUHAN. 23Dia melemahkan kekuatanku dalam hidup; Dia memendekkan umurku. 24Aku berkata: "Ya Allahku, janganlah ambil aku pada separuh umurku; masa-Mu meliputi semua keturunan. 25APada mulanya, Engkau meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu. 26Bumi dan langit akan binasa, tetapi Engkau kekal; ya, segalanya akan menjadi usang seperti pakaian. Seperti jubah Engkau akan menggulungnya, seperti baju yang ditukar, semuanya akan diubah. 27Tetapi Engkau tetap sama, dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan. 28Anak hamba-hamba-Mu akan berterusan; dan anak cucu mereka akan berdiri di hadirat-Mu."