Alkitab Versi Borneo |
24Ya TUHAN, sungguh beraneka hasil kerja-Mu!
Dengan bijaksana Engkau telah mencipta segala-galanya; bumi penuh dengan milik-Mu. 25Laut yang besar dan luas, yang tidak terkira banyak isi di dalamnya – makhluk hidup yang kecil dan besar. 26ADi situ kapal-kapal belayar, dan Lewiatan yang telah Kaujadikan untuk bermain di sana. 27Semuanya menantikan-Mu bahawa Engkau akan memberi mereka makanan pada waktu yang ditentukan. 28Apa yang Kauberikan, mereka kumpulkan; Engkau membuka genggaman tangan-Mu, penuh dengan segala yang baik. 29Engkau menyembunyikan wajah-Mu, mereka menanggung kesusahan; Engkau mengambil nafas mereka, lalu mereka mati dan kembali menjadi debu. 30Engkau menghantar Roh-Mu, lalu mereka dicipta, dan Engkau membaharui muka bumi. 31Semoga kemuliaan TUHAN kekal selama-lamanya;
semoga TUHAN bergembira dengan hasil kerja-Nya – 32Dia memandang bumi, lalu bumi gementar, Dia menyentuh bukit, lalu bukit berasap. 33Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang hayatku;
aku akan menyanyikan pujian untuk Allahku selagi aku hidup. 34Semoga renunganku baik di sisi-Nya,
aku akan bersukacita kerana TUHAN.