Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 18

A A A
Alkitab Versi Borneo

Ibarat tentang pengampunan

21APetrus datang mendapatkan Yesus lalu bertanya, "Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?"

22BYesus menjawab, "Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh kali."

23Kerana kerajaan syurga seperti yang berikut: Seorang raja hendak menyelesaikan kira-kira dengan para hambanya. 24Salah seorang hambanya yang berhutang sebanyak sepuluh ribu talenta dibawa menghadapnya. 25Hamba itu tidak dapat menjelaskan hutangnya. Oleh itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dijual bersama anak isteri dan harta bendanya untuk membayar hutang itu.

26Hamba itu menyembah dan merayu, 'Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutang itu.' 27Raja itu berasa kasihan kepadanya lalu menghapuskan segala hutangnya dan membebaskannya.

28Tetapi ketika hamba itu keluar, dia menemui seorang hamba lain yang berhutang seratus keping wang dinari kepadanya. Dia menangkap dan hendak mencekik rakannya itu sambil berkata, 'Bayar semua hutangmu.'

29Rakannya itu menyembah dan merayu, 'Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutangku.'

30Tetapi hamba itu tidak mempedulikan rayuan rakannya. Malah dia memerintahkan supaya rakannya dipenjarakan sehingga menjelaskan hutangnya. 31Hamba-hamba lain dukacita melihatnya lalu mengadukan hal itu kepada raja.

32Raja pun memanggil hamba yang tidak berhati perut itu lalu berkata, 'Sungguh kejam perbuatanmu! Aku telah menghapuskan segala hutangmu kerana kamu merayu supaya aku mengampunimu. 33Bukankah sepatutnya kamu mengasihani rakanmu sebagaimana aku mengasihanimu?' 34Dengan murkanya raja menitahkan supaya hamba yang tidak berperikemanusiaan itu dipenjarakan dan dihukum sehingga semua hutangnya dibayar.

35"Begitulah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripadamu yang tidak mengampuni saudaranya dengan ikhlas."