Alkitab Versi Borneo |
Di taman Getsemani 36Selepas itu, Yesus pergi bersama mereka ke sebuah tempat bernama Getsemani, lalu Dia berkata kepada murid-murid-Nya, "Duduklah di sini sementara Aku berdoa di sana." 37Yesus membawa bersama-Nya Petrus dan kedua-dua anak Zebedeus. Dia mula berasa dukacita dan resah. 38Dia berkata kepada mereka, "Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku." 39Yesus pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, "Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki."