Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Markus 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perintah yang terutama

28Seorang ahli Taurat datang mendengar mereka bersoal jawab. Dia menyedari bahawa Yesus telah menjawab dengan baik. Dia pun bertanya kepada-Nya, "Perintah manakah yang terutama?"

29AYesus menjawab, "Yang terutama antara semua perintah ialah: 'Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. 30Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.' Inilah perintah yang terutama. 31BPerintah yang kedua ialah: 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.' Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini."

32CAhli Taurat itu berkata kepada Yesus, "Sungguh baik jawapan Guru. Kata-kata Engkau itu benar, kerana Allah itu esa, tiada yang lain daripada-Nya. 33DMengasihi-Nya dengan sepenuh hati, dengan sepenuh fikiran, dengan sepenuh jiwa, dan dengan sepenuh kekuatan, serta mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri, adalah lebih utama daripada segala korban persembahan dan korban bakaran."

34EYesus menyedari bahawa jawapan itu bijaksana, lalu berkata kepadanya, "Kamu tidak jauh daripada kerajaan Allah."

Selepas itu, tiada siapa yang berani menyoal-Nya apa-apa lagi.