Alkitab Versi Borneo |
Yesus menyembuhkan Bartimeus 46Setelah itu, mereka tiba di Yerikho. Kemudian, ketika Dia keluar dari situ dengan murid-murid-Nya dan orang ramai itu, seorang buta bernama Bartimeus anak Timeus, sedang duduk mengemis di tepi jalan. 47Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia berseru, "Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!" 48Ramai orang memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, "Anak Daud, kasihanilah aku!" 49Oleh itu, Yesus berhenti dan memberikan perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, "Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu." 50Orang buta itu mencampakkan jubahnya ke tepi lalu bangkit dan pergi kepada Yesus. 51Kata Yesus kepadanya, "Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?" Jawab orang itu, "Rabbi, aku ingin melihat." 52Yesus menjawab, "Pergilah, imanmu telah menyembuhkanmu." Serta-merta orang itu dapat melihat, lalu mengikut Yesus dalam perjalanan-Nya.