Alkitab Versi Borneo |
Murah hati dan rendah hati 7Ketika Yesus melihat bagaimana tetamu memilih tempat duduk yang terbaik dalam jamuan itu, Dia mengatakan suatu ibarat kepada mereka: 8A"Apabila kamu dijemput orang ke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yang terbaik. Mungkin seorang yang lebih penting daripada kamu telah dijemput, 9dan tuan rumah akan datang dan berkata kepadamu, 'Berikanlah tempatmu kepada orang ini.' Lalu dengan malu sahaja kamu berpindah ke tempat yang paling belakang. 10Oleh itu, apabila kamu dijemput orang, pergilah duduk di tempat yang paling belakang supaya tuan rumah datang dan berkata kepadamu, 'Kawan, silakanlah ke tempat yang lebih baik.' Dengan itu, kamu mendapat penghormatan di hadapan semua orang jemputan itu. 11BSesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan yang merendahkan diri akan ditinggikan." 12Kemudian Yesus berkata kepada tuan rumah, "Apabila mengadakan suatu majlis makan tengah hari atau malam, janganlah jemput sahabat-sahabatmu atau adik-beradikmu atau sanak saudaramu atau jiran tetanggamu yang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula dan itulah sahaja balasan atas perbuatanmu. 13Apabila mengadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orang kudung, orang tempang dan orang buta. 14Diberkatilah kamu kelak kerana mereka tidak dapat membalas jemputanmu, tetapi kamu akan dianugerahi Allah pada hari kebangkitan orang yang benar daripada kematian."