Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Petrus di Lida dan Yope

32Ketika Petrus melawat daerah-daerah, dia mengunjungi orang salih yang tinggal di Lida. 33Di situ dia menemui seorang bernama Eneas yang sudah lapan tahun lumpuh terlantar di tempat tidur. 34Petrus berkata kepadanya, "Eneas, Yesus Kristus menyembuhkanmu. Bangunlah, kemaskan tempat tidurmu." Pada saat itu juga Eneas bangun. 35Semua penduduk Lida dan Saron melihatnya lalu beriman kepada Tuhan.

36Di Yope ada seorang murid perempuan bernama Tabita (dalam bahasa Yunani disebut Dorkas); dia sentiasa membuat kebajikan dan memberi sedekah. 37Pada masa itu dia jatuh sakit lalu meninggal dunia. Setelah dimandikan, jenazahnya dibaringkan di dalam bilik di tingkat atas. 38Lida berdekatan dengan Yope. Apabila para murid Yesus mendapat tahu bahawa Petrus ada di Lida, mereka menghantar dua orang berjumpa dengannya dan memintanya datang secepat mungkin. 39Petrus segera pergi bersama mereka. Setibanya di situ, dia dibawa naik ke bilik di tingkat atas itu. Semua balu di situ berdiri di sisinya sambil menangis dan menunjukkan pelbagai pakaian yang telah dijahit oleh Dorkas untuk mereka sewaktu hidupnya. 40Petrus menyuruh semuanya keluar; kemudian dia bertelut dan berdoa. Selepas itu, dia berpaling kepada jenazah itu lalu berkata, "Hai Tabita, bangunlah." Tabita membuka matanya dan apabila dia melihat Petrus, dia pun duduk. 41Petrus memegang tangannya dan membantunya berdiri. Seterusnya Petrus memanggil semua murid Yesus, termasuk balu-balu itu dan menunjukkan kepada mereka perempuan yang sudah hidup itu. 42Berita itu tersebar di seluruh Yope dan ramai orang beriman kepada Tuhan.