Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kejadian 16

A A A
Alkitab Versi Borneo
7Malaikat TUHAN menjumpainya dekat sebuah mata air di gurun itu, iaitu berdekatan mata air di jalan yang menuju ke Syur. 8Sabdanya, "Wahai Hagar, hamba Sarai, dari manakah kamu dan hendak ke mana?"

Jawab perempuan itu, "Aku melarikan diri daripada Sarai, cik puanku."

9Sabda malaikat TUHAN kepadanya, "Kembalilah kepada cik puanmu dan tunduklah di bawah kuasanya." 10Sabda malaikat TUHAN pula kepadanya, "Aku akan membuat keturunanmu menjadi tersangat ramai hingga tidak terhitung banyaknya." 11Selanjutnya malaikat TUHAN bersabda kepadanya, "Kamu sedang mengandung

dan kamu akan melahirkan seorang anak lelaki.

Namailah dia Ismael,i

kerana TUHAN telah mendengar jeritan kesusahanmu.

12Dia akan menjadi orang yang hidupnya seperti keldai liar.

Tangannya akan melawan setiap orang,

dan tangan setiap orang akan melawan dia.

Dia akan hidup bertentangan dengan semua saudaranya."

13Lalu Hagar menyebut nama TUHAN yang berfirman kepadanya itu "Engkaulah Allah Yang Melihat," kerana katanya, "Sesungguhnya, aku nampak Dia yang melihat aku." 14Itulah sebabnya perigi itu, yang letaknya di antara Kadesh dengan Bered, disebut Perigi Lahai-Roi.ii