Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Firman menjadi manusia

1Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. 2Dia bersama Allah pada permulaan. 3Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. 4Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. 5Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.

6AAllah mengutus seorang bernama Yohanes. 7Dia datang untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia. 8Dia sendiri bukanlah cahaya itu, dia datang untuk memberikan kesaksian tentang-Nya. 9Itulah cahaya benar yang menerangi setiap manusia, sedang mendatangi dunia.

10Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. 11Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. 12Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. 13Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.

14Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.

15Yohanes memberikan kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, "Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku."

16Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia demi kasih kurnia;i 17kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus. 18Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Dia Yang Esaii, yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya.