Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 6

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Apabila Allah berjanji kepada Abraham, Dia tidak mungkin bersumpah dengan nama lain kerana tiada siapa lebih besar daripada-Nya, lalu Dia bersumpah dengan nama-Nya sendiri. 14AAllah berfirman: "Sesungguhnya, Aku akan memberkatimu dan memperbanyak keturunanmu." 15Dengan demikian, setelah Abraham menanggung kesusahan dengan sabar, dia mendapat janji itu. 16Orang memang bersumpah dengan nama yang lebih besar daripada dirinya, dan suatu sumpah sebagai pengesahan mengakhiri segala pertikaian. 17Dengan demikian Allah, untuk menunjukkan kepada waris-waris janji itu bahawa kehendak-Nya tidak mungkin berubah, telah mengesahkannya dengan sumpah. 18Dengan adanya dua perkara yang tidak mungkin berubah, sedangkan Allah tidak mungkin berdusta, maka hati kita tetap. Kita telah lari mencari tempat berlindung untuk berpegang kepada harapan yang dihulurkan kepada kita. 19BKita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai. 20CDi situ perintis jalan telah masuk untuk kita, iaitu Yesus, yang telah menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.