Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 10

A A A
Alkitab Versi Borneo
5AOleh itu, apabila Kristus datang ke dunia, Dia berkata: "Korban dan persembahan tidak Kauingini,

tetapi Engkau telah menyediakan tubuh bagi-Ku.

6Persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidak Kauredai.

7Kemudian Aku berkata,

'Lihatlah, Aku telah datang –

dalam naskhah kitab tersurat tentang-Ku –

untuk melakukan kehendak-Mu, Ya Allah.' "

8Mula-mula Dia berkata, "Korban dan persembahan bakaran, dan persembahan untuk menebus dosa, tidak Kauingini dan tidak Kauredai" (iaitu yang dipersembahkan menurut Hukum). 9Kemudian Dia berkata, "Lihatlah, Aku telah datang untuk melakukan kehendak-Mu, ya Allah." Dia menyingkirkan yang pertama untuk mengasaskan yang kedua. 10Dengan kehendak Allah itu kita telah disucikan melalui persembahan tubuh Yesus Kristus, sekali untuk selama-lamanya.

11BSetiap imam berdiri dan beribadat setiap hari serta mempersembahkan berkali-kali korban yang serupa, yang sampai bila-bila pun tidak akan dapat menghapuskan dosa. 12CTetapi Imam ini, setelah Dia mempersembahkan satu korban untuk menebus dosa selama-lamanya, duduk di sebelah kanan Allah. 13Dari saat itu Dia menanti hingga musuh-musuh-Nya dijadikan alas kaki-Nya. 14Dengan satu persembahan Dia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya semua orang yang disucikan.