Alkitab Versi Borneo |
21Hai anakku, peganglah hikmah dan kebijaksanaan, jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu; 22semua itu akan menjadi kehidupan bagi jiwamu dan perhiasan bagi lehermu. 23Maka engkau akan melangkah di jalanmu dengan selamat, dan kakimu tidak akan tersandung. 24Ketika berbaring, engkau tidak akan berasa takut, engkau akan berbaring dan mendapat nikmat tidur yang lena. 25Janganlah takut terhadap kengerian yang datang tiba-tiba, atau terhadap kebinasaan yang kelak melanda orang durjana, 26kerana TUHAN sumber keyakinanmu,
dan akan menjaga kakimu daripada terjerat. Persaudaraan sesama manusia 27Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya. 28Jangan katakan kepada sesamamu, "Pergilah dan kembalilah lagi, esok akan kuberi," padahal apa yang diminta itu ada padamu. 29Janganlah merancang kejahatan terhadap jiranmu, walhal dia tinggal tanpa curiga berdekatan denganmu. 30Jangan bersengketa tanpa alasan dengan orang yang tidak pernah berbuat jahat kepadamu. 31Janganlah iri hati terhadap orang yang ganas, dan jangan memilih satu pun daripada jalannya,