Alkitab Versi Borneo |
9Pada waktu itu raja menerima laporan tentang Tirhaka, raja Kush, demikian, "Ketahuilah, dia sedang mara untuk berperang dengan tuanku." Lalu dikirimnya semula para utusan kepada Hizkia dengan pesan, 10"Beginilah harus kamu katakan kepada Hizkia, raja Yehuda, 'Jangan biarkan Allahmu yang kauandalkan itu menipu kamu dengan janji, "Yerusalem tidak akan diserahkan ke dalam tangan raja Asyur." 11Sesungguhnya, engkau telah mendengar apa yang dilakukan oleh raja-raja Asyur terhadap semua negeri. Negeri-negeri itu telah ditumpaskan mereka sama sekali. Masakan engkau akan terlepas? 12Dapatkah tuhan-tuhan bangsa-bangsa yang dimusnahkan oleh nenek moyangku, iaitu bangsa Gozan, Haran, Rezef, dan bani Eden yang tinggal di Telasar melepaskan mereka? 13Di manakah raja Hamat, raja Arpad, raja kota Sefarwaim, Hena, dan Iwa?' " Doa Hizkia 14Hizkia menerima surat itu daripada tangan para utusan lantas membacanya. Kemudian Hizkia pergi ke Bait Tuhan dan membentangkan surat itu di hadapan Tuhan. 15ALalu berdoalah Hizkia kepada Tuhan, "Ya Tuhan, Allah Israel, yang bersemayam di atas malaikat-malaikat kerubin! Hanya Engkaulah Allah atas segala kerajaan di bumi. Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi. 16Berikanlah perhatian, ya Tuhan, dan dengarlah. Sudilah, memandang, ya Tuhan, dan lihatlah. Dengarlah kata-kata Sanherib yang telah dikirimnya untuk mencela Allah yang hidup. 17Ya Tuhan, memang benar bahawa raja-raja Asyur telah memusnahkan bangsa-bangsa itu dan negeri mereka 18dan mencampakkan tuhan mereka ke dalam api, kerana semua itu bukan Allah melainkan buatan tangan manusia, daripada kayu dan batu, sehingga dapat dibinasakan. 19Sekarang ya Tuhan, Allah kami, selamatkanlah kami daripada tangannya, supaya semua kerajaan di bumi tahu bahawa hanya Engkaulah Allah, ya Tuhan."