Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Raja-Raja 19

A A A
Alkitab Versi Borneo
29Inilah tandanya bagimu, wahai Hizkia: Pada tahun ini kamu akan makan apa yang tumbuh dengan sendirinya, dan pada tahun kedua, apa yang tumbuh daripada tanaman tadi. Tetapi pada tahun ketiga, kamu harus menyemai, menuai, menanami kebun anggur, dan memakan buahnya. 30Kalangan yang terselamat daripada keturunan kaum Yehuda, iaitu orang yang tertinggal, akan berakar ke bawah dan berbuah lagi ke atas. 31Kerana dari Yerusalem akan keluar saki-baki kalangan itu, dan dari Gunung Sion orang yang terselamat. Semangat Tuhan alam semesta akan membuat hal ini terwujud.

32Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan mengenai raja Asyur, 'Dia tidak akan masuk ke dalam kota ini dan tidak akan menembakkan anak panah di sini. Dia tidak akan maju menghampiri kota ini dengan perisai dan tidak akan menimbunkan tanggul pengepung terhadapnya. 33Dia akan kembali melalui jalan yang ditempuhnya ketika dia datang dan tidak akan masuk ke kota ini,' demikianlah firman Tuhan. 34'Aku akan melindungi kota ini dan menyelamatkannya demi diri-Ku sendiri dan demi Daud, hamba-Ku.' "

Kekalahan Asyur dan tewasnya Sanherib

35Pada malam itu malaikat Tuhan keluar dan menewaskan 185,000 orang di perkhemahan Asyur. Apabila orang bangun pada pagi esoknya, didapati mayat-mayat belaka! 36Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe. 37Pada suatu hari, ketika dia sedang bersembahyang di dalam kuil Nisrokh, tuhannya, Adramelekh dan Sarezer, anak-anaknya, membunuhnya dengan pedang lalu mereka melarikan diri ke Tanah Ararat. Maka Esarhadon, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.