Alkitab Versi Borneo |
Petunjuk-petunjuk akhir 12Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu supaya menghormati orang yang berjerih payah dalam kalanganmu, memimpin dan menasihatimu dalam Tuhan. 13Layanilah mereka dengan sepenuh hormat dan kasihilah mereka kerana segala yang diusahakan oleh mereka. Hiduplah bersama-sama dalam aman damai. 14Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu, berilah amaran kepada orang yang melanggar peraturan, tetapkan hati orang yang takut, tolong orang yang lemah, dan bersabar terhadap semua. 15Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang. 16Bersukacitalah sentiasa. 17Berdoalah sepanjang masa. 18Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus. 19Janganlah padamkan kemarakan api Roh Kudus. 20Janganlah hinakan nubuat. 21Uji setiap perkara. Berpegang teguh pada yang baik. 22Jauhilah segala bentuk kejahatan. 23Semoga Allah damai sejahtera menyucikanmu dengan sempurna dan memelihara roh, jiwa dan jasadmu, agar tidak ada cacat cela ketika Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. 24Dia yang memanggil kamu itu setia, dan Dia akan melakukannya.