Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Tawarikh 16

A A A
Alkitab Versi Borneo
11Carilah hadirat Tuhan dan kekuatan-Nya,

carilah hadirat-Nya selalu.

12Ingatlah perbuatan-perbuatan ajaib yang dilakukan-Nya,

segala mukjizat-Nya, dan hukuman yang difirmankan-Nya,

13wahai keturunan Israel, hamba-Nya,

wahai bani Yakub, segala orang pilihan-Nya.

14Dialah Tuhan, Allah kita,

hukuman-Nya berlaku di seluruh bumi.

15Dia mengingat perjanjian-Nya untuk selama-lamanya

juga firman yang diperintahkan-Nya kepada seribu keturunan,

16Biaitu perjanjian yang diikat-Nya dengan Abraham

dan sumpah-Nya kepada Ishak.

17CDia meneguhkannya bagi Yakub sebagai ketetapan,

dan bagi Israel sebagai perjanjian kekal,

18firman-Nya, "Kepadamu akan Kukurniakan Tanah Kanaan

sebagai bahagian harta pusakamu."

28Persembahkanlah kepada Tuhan, wahai kaum suku-suku bangsa,

persembahkanlah kepada Tuhan kemuliaan dan kekuatan!

29Persembahkanlah kepada Tuhan kemuliaan nama-Nya.

Bawalah persembahan dan masuklah menghadap-Nya!

Sujudlah menyembah Tuhan dengan berhiaskan kesucian.

30Gementarlah di hadapan-Nya, wahai seluruh bumi;

ya, dunia tegak, tidak bergoyang.

31Biarlah langit bersukacita dan bumi bergembira,

biarlah orang berkata antara bangsa-bangsa, "Tuhan bertakhta!"

32Biarlah laut bergemuruh dengan segala isinya,

biarlah padang bersuka ria dengan segala yang ada padanya.

33Pada waktu itu pokok-pokok di hutan akan bersorak-sorai di hadapan Tuhan,

kerana Dia datang untuk menghakimi bumi.

34DMengucap syukurlah kepada Tuhan kerana Dia baik,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

35Katakanlah, "Selamatkanlah kami, ya Allah, Penyelamat kami.

Kumpulkanlah kami dan lepaskanlah kami daripada bangsa-bangsa,

supaya kami dapat mengucap syukur kepada nama-Mu yang suci

dan bermegah dalam puji-pujian kepada-Mu."

36Segala puji bagi Tuhan, Allah Israel,

dari selama-lamanya sampai selama-lamanya!

Seluruh umat berkata, "Amin," dan memuji Tuhan.