Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Raja-Raja 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Berkecainya kerajaan Israel

1Pergilah Rehabeam ke Sikhem, kerana semua orang Israel telah datang ke Sikhem untuk menobatkannya sebagai raja. 2Pada waktu itu Yerobeam anak Nebat masih berada di Mesir kerana sebelumnya dia melarikan diri dari Raja Salomo. Setelah Yerobeam mendengar khabar itu, kembalilah dia dari Mesir. 3Maka beberapa orang diutus untuk memanggil dia. Lalu Yerobeam dengan seluruh jemaah Israel menemui Rehabeam dan berkata demikian, 4"Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami. Sekarang, mohon sudilah tuanku meringankan perhambaan yang keras daripada ayah tuanku itu serta tanggungan berat yang dipikulkannya atas kami, maka kami akan menjadi hamba tuanku."

5Jawabnya kepada mereka, "Pulanglah dahulu sampai selang tiga hari, kemudian kembalilah menghadap aku." Lalu pulanglah rakyat itu.

6Raja Rehabeam pun berunding dengan tua-tua yang dahulunya berkhidmat kepada Salomo, ayahnya, sewaktu Salomo masih hidup. Tanyanya, "Apakah nasihatmu untuk menjawab rakyat ini?"

7Jawab mereka kepadanya, "Jika pada hari ini tuanku mahu menjadi hamba bagi rakyat, mengabdi kepada mereka, dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka akan menjadi hamba tuanku sepanjang waktu."

1 Raja-Raja 12

A A A
Alkitab Versi Borneo
12Kemudian datanglah Yerobeam dan seluruh rakyat menghadap Rehabeam pada hari ketiga, sebagaimana kata-kata raja, "Kembalilah menghadap aku dalam tiga hari." 13Raja menjawab rakyat dengan kasar. Dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh para tua-tua. 14Dia menjawab mereka menurut nasihat pemuda-pemuda itu, katanya, "Ayahku telah memberatkan tanggunganmu, tetapi aku akan menambah tanggunganmu. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking." 15Dengan demikian raja tidak mendengar permintaan rakyat. Perkara itu memang ditetapkan Tuhan, kerana Dia hendak melaksanakan firman yang disampaikan-Nya kepada Yerobeam anak Nebat dengan perantaraan Ahia, orang Silo itu.

16ASetelah semua orang Israel melihat bahawa raja tidak mahu mendengar permintaan mereka, maka rakyat menjawab raja demikian, "Bahagian apakah yang kita peroleh daripada Daud?

Kita tidak memperoleh harta pusaka daripada anak Isai itu!

Pulanglah ke khemahmu, wahai Israel!

Sekarang uruslah rumah tanggamu sendiri, wahai Daud!"

Maka pergilah orang Israel ke khemah mereka. 17Namun begitu, Rehabeam masih bertakhta atas orang Israel yang tinggal di kota-kota Yehuda.