Alkitab Versi Borneo |
22Oleh sebab kamu telah menyucikan jiwamui dalam mematuhi kebenaran supaya kamu mempunyai kasih persaudaraan yang ikhlas, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati; 23kerana kamu telah dilahirkan semula, bukan daripada benih yang dapat dibinasakan tetapi daripada yang tidak mungkin dimusnahkan, melalui firman Allah yang hidup kekal selama-lamanya. 24AKerana, "Semua manusia umpama rumput, dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang; rumput layu, dan bunga gugur, 25tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya." Inilah firman yang disampaikan kepadamu.